Infinix Membuka Kedai Fizikal Pertama Mereka Di Plaza Low Yat

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix adalah pengeluar telefon pintar di bawah Transsion yang cukup popular di Malaysia. Mereka semakin dikenali ramai selepas bekerjasama dengan Homebois iaitu pasukan e-sukan Malaysia dan turut menawarkan peranti dengan spesifikasi menarik pada harga mampu milik. Terbaru mereka mengumumkan kedai fizikal pertama di Malaysia.

image is not available

Infinix kali pertama tiba di Malaysia pada tahun 2017. Selepas mereka menyepi untuk beberapa tahun, Infinix kembali semula dengan penawaran yang lebih menarik. Kini menjadi antara pengeluar peranti terbesar sejak Julai 2023, mereka akhirnya membuka kedai fizikal pertama di Plaza Low Yat. Infinix Store dibuka bagi membenarkan lebih ramai orang dapat merasai produk yang mereka tawarkan serta memaparkan teknologi canggih mereka yang tersedia di Malaysia.

image is not available

Infinix Store telah dibuka pada 2 November lepas, dan sepanjang bulan ini mereka yang menziarahi kedai fizikal akan menerima pelbagai diskaun menarik dan hadiah percuma. Antaranya adalah Magpower Wireless Charger yang berharga RM29 (harga asal RM69) dan pembelian Infinix ZERO Flip, ZERO 40 5G, GT 20 Pro, NOTE 40 Pro, NOTE 40 5G, NOTE 40X, HOT 50 5G, HOT 50i, SMART 9, atau XPAD melayakkan anda menerima hadiah bernilai sehingga RM1,956.

Bagi yang berminat, Infinix Store dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam di G-K008A, Plaza Low Yat, 7.