“Palsu” – Starbucks Nafi Sekerasnya Dah Tutup Lebih 100 Cawangan Di Malaysia

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2024 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Syarikat jenama kopi terkenal, Starbucks Malaysia hari ini menafikan dakwaan sebuah portal yang mengatakan bahawa mereka telah menutup lebih 100 cawangan di negara ini. Katanya, ia adalah satu dakwaan palsu dan hanya menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja.

“Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu. Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup, hanya buat sementara waktu.”

Jelas wakil Starbucks Malaysia, penutupan sementara itu adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, membolehkan mereka menyelaraskan kedudukan secara lebih strategik, tanpa kehilangan pekerjaan.

image is not available

“Yang penting, tiada pekerja terjejas akibat penutupan tetap atau sementara, kerana mereka telah ditugaskan semula ke kedai berhampiran untuk terus melayani pelanggan kami dengan lancar.”

Dalam pada itu, mereka juga melihat ada peningkatan positif dalam jualan kerana pelanggan mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu adalah tidak benar dan Starbucks tidak pernah berada dalam senarai Boikot, Lupus dan Sekat (BDS).

Pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) melaporkan kerugian bersih RM91.5 juta bagi tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024 berbanding keuntungan bersih RM103.4 juta pada tahun sebelumnya, disebabkan boikot dan kerugian daripada pelupusan Jollibean Foods Pte Ltd.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.