Infinix Note 30 perkenal varian warna terbaru, lebih menyerlah dan garang

Digital
6 Jul 2023 • 2:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Infinix pada bulan Mei lalu telah selamat melancarkan barisan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka dalam siri Infinix Note 30. Ia terdiri daripada Infinix Note 30 dan Note 30 Pro. Model yang lebih mampu milik Note 30 asalnya diperkenal dalam dua varian warna iaitu Hitam Obsidian dan Biru Interstellar.

image is not available

Kini, Infinix telah memperkenalkan pilihan warna terbaru iaitu warna Emas Matahari. Warna terbaru ini tampak lebih menyerlah dan garang di samping masih mengekalkan kemasan premium di panel belakangnya. Kepada mereka yang berminat, warna Emas Matahari terbaru ini boleh didapatkan bermula 5 Julai 2023 dengan harga sama RM699 di gedung atas talian rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok serta pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Infinix Note 30

Infinix Note 30 didatangkan dengan panel LCD sebesar 6.78" pada resolusi FHD+ (2400 x 1080). Panel tersebut menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.

image is not available

Atas papan utama, Infinix Note 30 dipacu oleh Mediatek Helio G99 dengan kombinasi RAM dan storan yang diberikan iaitu 8GB + 256GB. Fungsi RAM Expansion hadir untuk perluaskan kepada 16GB menggunakan RAM maya.

Di segmen pengimejan, Infinix Note 30 diberikan konfigurasi trikamera belakang. Kamera utamanya menggunakan sensor 64MP dan dua lagi kamera adalah 2MP dan kamera AI. Bahagian hadapan mengguna pakai kamera 16MP dan ia dilengkapi sistem lampu flash hadapan.

image is not available

Ia mempunyai tangki bateri sebesar 5,000mAh dan menyokong sistem pengecasan pantas 45W menggunakan protokol USB-PD. Terdapat juga ciri Bypass Charge membolehkan blok pengecas membekalkan tenaga terus kepada telefon tanpa melalui bateri.

Lagi ciri lain yang dilengkapi Infinix Note 30 termasuk NFC, sistem audio stereo yang ditala JBL dan menjalankan sistem operasi XOS 13 berasaskan Android 13.

Bacaan berkaitan