Infinix Note 60 Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1199

LocalTechnology
27 Feb 2026 • 7:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix hadir dengan penawaran baharu di Malaysia melalui model Note 60 Pro. Ia menawarkan perkakasan yang menarik dalam kelasnya, di samping rekaan yang lebih menonjol terutamanya dengan lampu yang menyerupai ciri glyph pada peranti Nothing.

image is not available
image is not available

Infinix Note 60 Pro hadir dengan skrin 6.78″ 1.5K 144Hz Ultra HDR bersama kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 7s Gen 4 5G bersama sistem penyejukan IceCore Vapor Chamber Cooling bagi memastikan prestasi lebih stabil. Peranti ini hadir dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Sistem operasi XOS 16 digunakan untuk pengalaman lebih moden lengkap dengan sokongan kemas kini OS selama 3 tahun dan kemas kini keselamatan sehingga 5 tahun. Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP Night Master, ultra lebar 8MP serta sokongan rakaman video 4K 30FPS. Kamera hadapan 13MP turut tersedia untuk swafoto dan panggilan video.

image is not available
image is not available

Menariknya, ia juga menampilkan ciri Active-Matrix Display iaitu paparan LED tersembunyi yang hanya aktif apabila digunakan. Fungsi ini mirip sistem Glyph Matrix pada Nothing Phone (3) dengan sokongan notifikasi pintar, animasi interaktif, permainan mini serta lampu khas yang boleh diubahsuai.

image is not available

Bateri berkapasiti 6500mAh menyokong pengecasan pantas 90W dan pengecasan nirwayar 30W. Pilihan eSIM turut ditawarkan. Antara ciri tambahan lain termasuk Advanced Health Monitoring, IR Blaster, pembesar suara JBL Dual Speaker serta ketahanan IP64.

Di Malaysia, Infinix Note 60 Pro dijual pada harga RM1,199 (8GB + 256GB) dan RM1,399 (12GB + 256GB) dengan pilihan warna Solar Orange, Deep Ocean Blue, Mist Titanium, serta Mocha Brown.

image is not available
image is not available

Setiap pembelian Infinix Note 60 Pro didatangkan dengan hadiah percuma XWatch H5 Pro bernilai RM199 selagi stok masih ada. Peranti ini turut disertakan dengan jaminan selama 2 tahun. Ia boleh didapati melalui Infinix Official Store di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.