Infinix Malaysia turut mengumumkan bahawa model Note 60 Ultra akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini, tidak banyak maklumat didedahkan. Namun Infinix bekerjasama dengan Pininfarina iaitu sebuah nama besar dalam dunia reka bentuk Itali sejak 1930 yang sinonim dengan elegan, prestasi dan inovasi.


Daripada lengkungan ikonik Ferrari Testarossa hingga siluet Alfa Romeo Spider, setiap rekaan Pininfarina membawa falsafah tersendiri. Konsep tersebut kini dibawa masuk ke dunia telefon pintar melalui Note 60 Ultra dengan sentuhan gaya hidup dan estetika reka bentuk yang unik. Maklumat lanjut mengenai peranti ini akan dikongsikan dari semasa ke semasa.


