Infinix NOTE Edge Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Februari 2026

LocalTechnology
26 Jan 2026 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Infinix NOTE Edge akan tiba di Malaysia pada 4 Februari 2026 sekaligus menambah pilihan baharu dalam barisan telefon pintar mereka. Fokus utama peranti adalah reka bentuk nipis, ringan serta bateri besar untuk kegunaan seharian.

image is not available

Dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7100, ia menjadi antara terawal menggunakan cip tersebut dalam kelasnya. Skrin sebesar 6.78-inci AMOLED 3D Curved 120Hz 1.5K Display turut disertakan lengkap dengan teknologi perlindungan mata untuk pengalaman paparan lebih selesa. Selain itu, bateri sebesar 6500mAh disediakan menjanjikan ketahanan sepanjang hari.

image is not available

Walaupun kapasiti bateri besar, tubuh Infinix NOTE Edge masih nipis dengan ketebalan hanya 7.2mm. Butiran penuh peranti termasuk harga jualan di Malaysia hanya diketahui selepas pelancaran rasmi kelak.