Infinix Note Edge Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

TechnologyDigital
19 Jan 2026 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Infinix Note Edge telah dilancarkan di Indonesia sebagai peranti kelas pertengahan baharu. Peranti hadir dengan gabungan rekaan menyerupai peranti terkini Apple bersama Note 50 Pro+ 5G untuk tubuhnya. Selain itu, ia turut ditawarkan dalam beberapa pilihan warna iaitu putih, hitam, hijau dan biru.

image is not available

Infinix Note Edge dilengkapi skrin 6.78-inci LTPS AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7100, memori 8GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 256GB UFS2.2. Bateri berkapasiti 6500mAh turut disediakan dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Selain itu, ia hadir dengan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 13MP. Spesifikasi lain termasuk pembesar suara stereo, sokongan NFC, pengimbas cap jari di skrin dan infra merah.

image is not available

Penawarannya di Malaysia masih belum diketahui bila kerana pihak Infinix sendiri masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pasaran tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved