Infinix Tawar 3 Bulan Langganan Google AI Plus Percuma Untuk Peranti Terpilih

TechnologySales & Promo
5 Jun 2026 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix menawarkan langganan percuma Google AI Plus (2TB) selama 3 bulan untuk pengguna peranti terpilih termasuk siri NOTE 60, GT 50 Pro, NOTE Edge, HOT 70 dan SMART 20. Dengan pelan ini, pengguna boleh menikmati akses ke aplikasi berasaskan AI Google seperti Gemini, Nano Banana 2 dan NotebookLM, selain 2TB storan awan. Semua ini diberikan bagi meningkatkan pengalaman penggunaan dengan lebih canggih tanpa sebarang kos tambahan.

Image from: Infinix Tawar 3 Bulan Langganan Google AI Plus Percuma Untuk Peranti Terpilih

Pengguna Infinix yang layak boleh aktifkan percubaan ini terus melalui aplikasi Gemini atau Google One di telefon. Buka sahaja salah satu aplikasi, ikut arahan di skrin untuk sahkan kelayakan dan mula langganan tanpa bayaran. Percubaan sah selama tiga bulan bermula dari tarikh pengaktifan dan boleh dibatalkan bila-bila masa. Selepas tempoh percubaan tamat, caj akan dikenakan mengikut harga bulanan standard Google AI Plus (2TB).

Image from: Infinix Tawar 3 Bulan Langganan Google AI Plus Percuma Untuk Peranti Terpilih
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved