Google Try On Kini Di Malaysia – Baju Boleh “Dipakai” Sebelum Dibeli Di Atas Talian

TechnologyLifestyle
3 Jun 2026 • 7:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Try On Kini Di Malaysia – Baju Boleh “Dipakai” Sebelum Dibeli Di Atas Talian

Di Google I/O Mei tahun lalu, Google Try On diperlihatkan kepada umum. Ciri ini membolehkan pakaian yang ingin dibeli secara atas talian “dipakai” pada tubuh pembeli terlebih dahulu menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI). Selepas lebih setahun diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Try On akan dilancarkan di Malaysia secara berperingkat dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Image from: Google Try On Kini Di Malaysia – Baju Boleh “Dipakai” Sebelum Dibeli Di Atas Talian

Apabila anda menemukan pakaian yang ingin dicuba di Google Search, tekan butang Try In On untuk ia dipakaikan pada gambar anda yang telah dimuat naik. Ini boleh diakses menerusi carian Google Images ataupun tab Shopping di Search.

Pengguna perlu memuat naik gambar tubuh sepenuhnya terlebih dahulu dan AI akan kemudian memakaikan baju yang ingin dicuba pada gambar. Proses akan mengambil masa beberapa saat seperti menyunting gambar dalam Google Photos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved