Infinix XPAD 20 Bakal Dilancarkan Di Malaysia pada 8 Julai 2025

TechnologyDigital
1 Jul 2025 • 2:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix secara rasmi mengumumkan bahawa tablet terbaharu mereka XPAD 20 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 8 Julai 2025. Peranti ini dijangka menarik perhatian dalam kelasnya menerusi gabungan spesifikasi teknikal dan ciri pintar yang menyasarkan pengguna moden masa kini.

image is not available

Antara ciri utama yang ditawarkan termasuklah paparan bersaiz 11-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Peranti ini turut dikuasai oleh Infinix AI yang disertakan teknologi DeepSeek-R1 untuk pengalaman penggunaan lebih pintar. Tablet juga menyokong sambungan LTE dan Wi-Fi serta dilengkapi dengan slot dwi-SIM dan ruang storan tambahan melalui kad microSD sehingga 1TB.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai cip pemproses, kapasiti bateri, sistem pengecasan dan kamera masih belum diumumkan secara rasmi. Ia dijangka akan didedahkan dalam pelancaran minggu hadapan bersama harga jualan rasmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved