Ini Cara Memperbaharui Pas My50 Menggunakan TNG eWallet Hari Ini

TechnologyDigital
1 Jul 2025 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri memperbaharui My50 menggunakan TNG eWallet sudah boleh digunakan hari ini, 1 Julai 2025. Ia dilancarkan selepas kali pertama diumumkan pada November tahun lalu dan sebenarnya ditangguhkan daripada tarikh pelancaran asal pada Mei tahun ini.

image is not available

Proses memperbaharui pas My50 boleh dilakukan terus menerusi aplikasi TNG eWallet dengan mengakses ciri Travel Pass. Cara melakukannya adalah seperti di bawah.

  1. Guna kotak carian dalam aplikasi TNG eWallet dan letak kata kunci “My50” atau “Travel Pass”.
  2. Pilih “Travel Pass”
  3. Tekan setuju.
  4. Pilih kad Touch ‘n Go dengan NFC yang ingin digunakan dengan My50.
  5. Pilih daripada senarai kad sedia ada atau daftar kad baharu.
  6. Sentuh kad Touch ‘n Go dengan NFC ke sensor NFC telefon.
  7. Pilih tarikh pengaktifan My50.
  8. Tekan setuju terma & syarat.
  9. Lakukan pembayaran.
  10. Sentuh semula kad Touch ‘n Go ke sensor NFC telefon untuk pengaktifan.

My50 boleh digunakan untuk perjalanan menggunakan LRT, MRT, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT. Pengguna masih boleh melakukan proses memperbaharui pas My50 secara fizikal di semua stesen tren Rapid Rail.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved