Infinix Zero 30 5G Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1,299

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 11:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix Zero 30 5G akhirnya diumumkan secara rasminya di Malaysia hari ini. Ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan fokus terhadap kebolehan rakaman swafoto yang baik khususnya untuk kegunaan vlogging. Bagi yang berminat ia ditawarkan pada harga RM1,299 dengan hadiah berupa Infinix Black Leather Bag diberi percuma. Ketersediaan adalah bermula sekarang menerusi pengedar sah Infinix diseluruh Malaysia.

image is not available

Infinix Zero 30 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ini digabungkan juga dengan cip MediaTek Dimensity 8020, memori 12GB RAM dan storan 256GB sebagai tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas menggunakan port USB-C dengan sistem pengecasan pantas 68W.

image is not available

Turut disertakan ialah sistem tri-kamera utama yang menggabungkan sensor 108MP OIS + 13MP ultra lebar + 2MP makro, kemudiannya dikuti dengan sensor swafoto 50MP yang menyokong rakaman video 4K 60FPS. Sebanyak tiga pilihan warna yang disediakan seperti Golden Hour, Rome Green dan Fantasy Purple.