Huawei Matebook 14 (2023) dinaik taraf ke Intel generasi ke-12 tapi harga kekal sama

Digital
2 Nov 2023 • 11:59 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei telah mengumumkan kemas kini kepada laptop MateBook 14 mereka. Kini ia diperkasa CPU yang lebih segar pada harga yang hampir sama dengan model tahun sudah.

image is not available

Harga Huawei Matebook 14 (2023)

Huawei Matebook 14 (2023) dilancarkan pada harga RM3,999. Walau bagaimanapun, dalam tempoh terhad, anda boleh dapatkannya pada harga RM2,999 bersama-sama hadiiah bernilai RM199. Anda boleh dapatkannya di Lazada, ataupun gedung dalam talian Huawei.

image is not available

Spesifikasi Huawei Matebook 14 (2023)

Seperti namanya, Huawei Matebook 14 adalah sebuah laptop dengan paparan bersaiz 14". Nisbah paparannya 3:2 menjadikan ruang kerja nampak luas ditambah pula dengan resolusi yang agak tinggi iaitu QHD (2160 x 1440). Kecerahan panel ini dilaporkan berada pada 300 nits daripada jenis IPS LCD.

image is not available

Atas papan utama, Huawei telah memperbaharukan CPU yang menunjangi Huawei Matebook 14. Edisi kali ini mengguna pakai Intel Core i5-1240P generasi ke-12. CPU ini bergandingan bersama-sama RAM 16GB LPDDR4x. Malangnya, tiada pilihan untuk memperluas kapasiti RAM disediakan. Anda menyimpan data-data ke dalam storan 512GB daripada jenis NVMe PCIe SSD.

image is not available

Penawaran port I/O agak asas pada Huawei Matebook 14. Anda dapat 1 USB-C yang boleh digunakan untuk mengecas, dan mengeluarkan imej melalui protokol DisplayPort. Kemudian anda juga dapat 1 USB-A, 1 HDMI, dan 1 jek audio 3.5mm.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada laptop ini adalah sistem bateri berkapasiti 56Wh dan pengecas yang diberikan adalah jenis USB-C 65W.

Bacaan berkaitan