Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 12:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026

PETALING JAYA – Kadar inflasi di Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, didorong oleh kumpulan Pengangkutan yang meningkat dua peratus berbanding 1.4 peratus pada Julai 2026.

Jabatan Perangkaan berkata, kumpulan Makanan & Minuman, yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026, berbanding 1.8 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

“Selain itu, kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain meningkat 2.1 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada Julai, didorong oleh subkumpulan Elektrik, gas & bahan api yang meningkat 3.3 peratus berbanding dua peratus pada Julai 2026.

“Peningkatan inflasi subkumpulan Elektrik, gas & bahan api didorong oleh pengemaskinian kadar Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dikenakan ke atas pelanggan domestik di Semenanjung Malaysia bagi penggunaan lebih daripada 600 kilowatt jam (kWh).

“Sementara itu, semua pengguna domestik di Sarawak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus bagi tempoh April hingga Disember 2026, yang memberi manfaat kepada kira-kira 714,000 isi rumah susulan inisiatif bantuan kewangan kerajaan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sembilan negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Negeri Sembilan (2.5 peratus), Johor (2.3 peratus), Kedah (2.3 peratus), Pahang (2.3 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (2.3 peratus), Selangor (2.1 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.1 peratus), Melaka (2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2 peratus).

Jabatan Perangkaan menambah, kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi Makanan & Minuman kecuali Kelantan yang merekodkan penurunan pada Ogos 2026. – KOSMO! ONLINE

The post Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved