Influencer Barat Kaji Al-Quran Tersenyum Bahagia Lepas Ucap 2 Kalimah Syahadah

11 Nov 2023 • 3:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang influencer barat dikenali sebagai Megan Rice telah berkongsi kegiatannya yang sedang tekun mengkaji al-Quran di aplikasi TikTok.

Perkongsian-perkongsian yang dibuat itu telah mencetuskan satu gerakan yang dikenali sebagai ‘non Muslim reading Quran’ dan dia sentiasa memuat naik apa yang telah dipelajari setelah membaca terjemahan isi al-Quran di media sosial.

Hidayah Allah sampai kepadanya

Ternyata, hidayah Allah S.W.T sampai kepadanya apabila Megan dikatakan telah mengucap dua kalimah syahadah menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok sambil disaksikan beberapa individu serta mereka yang menonton di live tersebut.

Influencer barat sah peluk Islam dibimbing ustaz secara live

Dapat dilihat yang influencer berkenaan sangat gembira selepas selesai mengucap syahadah sambil dibimbing seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Ahmad Bostani.

Influencer Barat dihujani doa dari warganet Muslim

Ruangan komen di TikTok influencer itu telah dihujani dengan pelbagai doa dan kata-kata baik terutamanya daripada warganet beragama Islam kerana tahu perjalanannya yang giat mengkaji kitab suci al-Quran sebelum ini.

Difahamkan, selain daripada mempelajari qalam Allah itu, dia juga sangat lantang dalam menyuarakan solidariti kepada penduduk Palestin yang sedang berjuang mempertahankan Tanah Air.

Sumber: TikTok abostani, megan_b_ rice

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved