Influencer Brazil gunakan najis sendiri sebagai topeng muka

EntertainmentBeauty
17 Oct 2024 • 9:01 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pempengaruh kecantikan dari Brazil, Débora Peixoto, baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan netizen di media sosial selepas memuat naik video menunjukkan dirinya menggunakan najisnya sebagai topeng muka (face mask).

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Peixoto mengeluarkan sebekas najis dari peti sejuk dan menyapu pada wajahnya, dengan dakwaan bahawa najis mampu mengurangkan tanda penuaan dan menjadikan kulit lebih awet muda.

Tindakannya itu menarik perhatian ramai dengan pelbagai reaksi negatif dari masyarakat dan pakar dermatologi.

Pakar kulit dari London, Dr. Sophie Momen berkata, tiada bukti saintifik yang menyokong penggunaan najis sebagai rawatan kulit, dan amalan tersebut berpotensi berbahaya kerana boleh terdedah kepada bakteria dan parasit.

Peixoto juga dilihat menggunakan alat penyepit hidung untuk menahan bau yang tidak menyenangkan, menambahkan lagi ketidakpercayaan netizen terhadap video tersebut.

Ramai netizen mengecam tindakannya dan menegaskan itu adalah salah satu trend kecantikan paling aneh yang pernah dilihat. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved