“Influencer Buat Air Manis Tak Kecam, Agamawan Saran Kurma Letak Butter Ramai Pulak Bitter” – Individu Geram Netizen ‘Pilih Kasih’

13 Mar 2024 • 12:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari sebelum menyambut bulan Ramadan, resepi kurma makan bersama dengan butter telah menjadi viral dan ramai warganet yang telah mencuba hinggalah ke hari ini.

Tidak dinafikan resepi tersebut memang sedap tetapi ada juga dikalangan yang tidak berpuas hati dengan berkata resepi itu tidak sihat dan mendatangkan banyak penyakit.

Individu luah rasa kesal pada netizen

Susulan itu, di platform X seorang individu meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah netizen yang persoalkan resepi terbabit hanya kerana agamawan menyaran orang ramai memakan kurma seperti itu agar lebih ramai menyukai kurma.

Lagi membuatkan individu itu tidak berpuas hati apabila netizen seakan-akan ‘menutup mata’ apabila ‘influencer’ kegemaran mereka membuat resepi air manis yang memang jelas tidak sihat.

 

image is not available

Netizen ‘hentam’ individu luah rasa kesal

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen merasakan tindakan individu itu seperti sengaja mencetuskan pergaduhan biarpun baru sehari menyambut bulan Ramadan.

image is not available

image is not available 12 months ago

"Banyak Sangat Minyak Ni.." - Dr Rafidah Tegur Khairulaming Buat Resipi Terlampau Banyak Minyak