Influencer Dikecam Teruk Buat Content Sedekah, Rupanya ‘Off Camera’ Minta Balik Duit & Beri ‘Ciput’ Je

Entertainment
26 Sep 2024 • 4:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di Indonesia kini sedang viral kes melibatkan seorang pempengaruh yang dikecam teruk kerana contentnya.

Dalam video yang dimuat naik, ia memperlihatkan seorang pakcik tua diberi wang berjumlah Rp5 juta (kira-kira dalam RM1,360.07) oleh pemuda tersebut. Namun begitu, di sebalik content ala dermawan dan menyentuh hati penonton, rupanya ada perkara lain yang terbongkar.

Rupa-rupanya wang yang diberikan kepada pakcik tersebut tidak semuanya diserahkan, sumber melaporkan bahawa pakcik tersebut hanya mendapat jumlah yang kecil dari apa yang diberi. Ia tular selepas satu video memaparkan seorang individu menemui pakcik itu dan menjelaskan yang dia hanya menerima Rp200 ribu (anggaran RM54.40)

Selepas video pengakuan tersebut tular, ia menjadi buah mulut netizen di negara jiran yang meegecam pempengaruh tersebut.

“(Katanya dikasih uang Rp5 juta, beneran kek?) Cuma Rp200 (ribu), sisanya diambil lagi. (Oh diambil lagi, berarti gak sesuai dengan yang di video?) Enggak.”

Susulan kecaman hebat tersebut, pempengaruh yang dikenali sebagai Fermon itu memuat naik satu video untuk mengklarifikasikan isu tersebut. Bagaimanapun tiada sebarang permohonan maaf diberikan.

“Saya sebelum membuat content itu, saya ajak berbual pakcik tersebut, samada mahu atau tidak (buat content). Ternyata dia nak. Saya tidak pernah memaksa orang buat content sama saya,”

Bagaimanapun, ramai netizen rasa tidak puas hati dan anggap bahawa sikap pemuda ini tidak berperi kemanusiaan kerana telah menipu penonton videonya.

Sumber : X, iNews.id

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.