
Netizen teruja influencer berhijab Malaysia bakal berlakon K-Drama
Influencer Hijabi Berdarah Sarawak, Sabrina Bakal Berlakon Drama Pertama Di Korea. Ramai rakyat Malaysia sedang mencipta nama di luar negara; satu nama yang boleh dibanggakan ialah Yuna, yang telah membina reputasi untuk dirinya di peringkat antarabangsa melalui muziknya.
Seorang influencer terkenal kerana kerap berkongsi kehidupannya berada di Korea Selatan, Sabrina Azhar baru-baru ini memaklumkan di akaun Twitternya bahawa dia akan muncul dalam K-Drama buat kali pertama.

“Minta maaf kerana kerana tidak membalas, saya sedang sibuk shooting k-drama pertama saya,” tulisnya di laman Twitter.
Menurut sumber, rakaman pendek itu menunjukkan gadis berdarah Sarawak tersebut mengenakan seragam sekolah menengah Korea dan set lakonan itu seperti di dalam sebuah kelas standard negara itu.
Tajuk K-Drama masih belum dimaklumkan, namun peminat tak sabar
Bagaimanapun, tajuk K-Drama masih belum diumumkan di mana-mana platform media sosial oleh gadis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminatnya sangat teruja dan ramai yang tertanya-tanya dengan siapa influencer itu akan bekerjasama dan digandingkan.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen menyatakan bahawa kemungkinan K-Drama yang akan dilakonkan oleh Sabrina ialah ‘All Of Us Are Dead 2’.
Dalam pada itu, influencer tersebut juga pernah tular kerana fasih berbahasa Korea sebelum ini dalam sebuah rancangan bual bicara dan menemu ramah penyanyi K-Pop.
sorry i havent replied
been busy filming my first kdrama pic.twitter.com/PgadVHUnMA
Untuk makluman, menerusi video di laman YouTubenya, Sabrina pernah mengatakan bahawa ibunya adalah berasal dari Sarawak, namun dia tidak fasih berbahasa Sarawak kerana dibesarkan di Selangor.



