
Ketika ini, kecoh di media sosial mengenai isu hadiah utama cabutan bertuah, Honda Accord SM4 tahun 1992 yang diberikan oleh penganjur Honda Day Malaysia 2024, Remy Ampang.
Perkara itu bukan hanya menjadi bualan ramai, malah ia juga dilihat semaki berlarutan selepas pihak SCRUT pula tampil mendedahkan laporan kereta ganti yang diberikan kepada pemenang iaitu BMW F30.
BMW F30 yang diberikan kepada pemenang cabutan bertuah sebagai kereta ganti kepada Honda Accord SM4 itu dilaporkan mempunyai rekod kemalangan teruk sebanyak dua kali.
Baca Artikel Berkaitan: “Ada 2 Rekod Kemalangan Teruk” – SCRUT Dedah Kondisi Kereta BMW F30 Dimenangi Pemenang Honda Day 2024
Influencer dedah brake caliper RM58,000 hampir dicuri semasa Honda Day 2024
Selain isu tersebut, tular juga pendedahan seorang influencer automotif wanita, Sharina Richie yang mendedahkan angkup brek (brake caliper) pada kereta Honda FK8 yang dibawanya bersama FZY Garage hampir dicuri di acara terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Sharina Richie atau lebih mesra disapa Kak Sha itu menjelaskan ‘brake caliper’ dari jenama Endless itu berharga RM58,000.
“Habis bawa kereta kena ‘jack’, skru angkup brek pun hilang, diorang (pencuri) cuba nak cabut tapi tak boleh cabut,” katanya.
Cubaan mencuri gagal, guna special nut pada rim yang tak mudah dibuka – SH
Menurutnya, cubaan untuk mencuri brake caliper itu gagal kerana rim pada kenderaan berkenaan menggunakan ‘special nut’ yang tidak mudah untuk dibuka.
Jelas Kak Sha, kenderaan tersebut terpaksa dibawa pulang semula dengan menaiki kereta tunda kerana angkup brek terbabit sudah tidak mempunyai skru.

Pihak penganjur patut sediakan pengawal keselamatan jaga kereta di sana
Dalam pada itu, seorang lelaki dipercayai pemilik FK8 berkenaan turut tampil menyatakan kekecewaannya terhadap pihak penganjur Honda Day 2024 yang tidak menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga kereta-kereta di sana.
“Sepatutnya penganjur ini kena ada pengawal keselamatan yang jaga kereta-kereta yang mahal, bukannya murah beli barang-barang kereta ni.
“Sepatutnya jadi pengajaran buat semua terutamanya pihak penganjur, jangan nak fikirkan duit sahaja, sebab kita bayar untuk tapak bukannya percuma,” kata lelaki itu.
Difahamkan, Honda FK8 berwarna merah yang dibawa ke Honda Day 2024 di Sepang itu menyertai acara ‘autoshow’ di sana.
Sikit lagi Caliper Harga sebiji MYVI MG3 ni nak kena rembat kat Honda Day 2024 🥹😭 @FzyGarage
Baca Artikel Berkaitan: Selepas Teruk Disindir Bagi Accord Lusuh, Penganjur Honda Day Akhirnya Ganti Hadiah Dengan BMW F30 [Video]
Source:

