Walaupun sudah berlalu dan penuh dengan kontroversi, kisah disebalik penganjuran Honda Day masih lagi menjadi sebutan ramai.
Nama Remy Ampang mula menjadi perbualan dengan isu hadiah kereta Honda Accord SM4, kemudian ditukarkan kepada BMW F30. Walaupun hadiah sudah diganti, namun netizen yang cukup peka mendapati rim tayar kereta berkenaan kelihatan bengkok.
Satu persatu mula terdedah. Menerusi hantaran di Facebook Scrut, kereta BMW berkenaan pula didakwa mempunyai dua rekod kemalangan ‘High Severity’.
“Dalam sistem SUR (SCRUT USEDcar REPORT) SCRUT, kami mengkategorikan kemalangan yang “significant” kepada 3 kategori iaitu low, medium, high dan severe.
“Kereta ini dilaporkan terdapat rekod kemalangan “High Severity” yang mana terdapat kemalangan sendiri. Mungkin terbabas sendiri, tersondol kereta orang atau kemalangan yang melibatkan kecuaian pemilik sendiri,” katanya.
Dalam hantaran terbaharu pula, Scrut memaklumkan perkara berkenaan telah disahkan oleh polis trafik.
“Kemalangan pertama, BMW tersebut dilaporkan tergelincir dan melanggar pembahagi jalan.
“Manakala kemalangan kedua, tengah parking kena langgar lori,” tulisnya.
Sumber: Scrut
The post Lepas tular rim bengkok, hadiah BMW F30 Honda Day didakwa ada 2 rekod kemalangan ‘High Severity’ appeared first on The Reporter.


