Influencer Wanita Ini Dedah Suami Tergamak Curang Dengan Kawan Rapatnya Sendiri Lepas Sehari Bernikah!

EntertainmentLifestyle
10 Apr 2025 • 12:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pempengaruh Kak Sue Meow suami curang

Tular di TikTok baru-baru ini, kisah sedih seorang influencer, Kak Sue Meow yang mendakwa dirinya dicurangi bekas suami hanya sehari selepas dinikahkan!

Menurut laporan mStar, Kak Sue mendedahkan individu ketiga dalam rumah tangganya itu adalah teman rapatnya sendiri.

Perasaan saya bila tahu itu adalah seperti mati hidup kembali. Sangat sakit.

Tujuh tahun cinta influencer ini musnah lepas satu hari bernikah

image is not available

Menurut Kak Sue, hubungan cinta yang dibina selama tujuh tahun itu akhirnya musnah dalam sekelip mata. 

Peristiwa tersebut benar-benar memberi impak besar kepada emosi dan dirinya secara keseluruhan.

Ia mengambil masa dan juga tenaga yang sangat banyak untuk hadam semua perkara itu.

Emosi semakin pulih

image is not available

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini sudah sah berstatus ‘single’ secara undang-undang dan semakin pulih dari segi emosi.

Alhamdulillah, sekarang ini semua sudah selesai… Keadaan saya sekarang juga semakin baik.

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang orang yang paling kita percaya boleh jadi punca paling dalam luka kita. Sayang diri dulu, bina semula hidup dan percaya jodoh yang lebih baik pasti akan datang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.

View Original Article