Infrasel baik pulih jalan di Pelabuhan Klang, Hulu Langat

30 Jan 2024 • 4:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 30 JAN: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) dalam proses membaik pulih permukaan jalan di Pelabuhan Klang dan Hulu Langat.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan pembaikan sebahagian laluan Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang hampir selesai dan dijangka siap selewat-lewatnya awal pagi esok.

“Peratusan kerja sudah hampir mencecah 100 peratus dan akan diselesaikan sebelum fajar,” tulisnya menerusi Twitter.

Hadir sama menyaksikan kerja penyelenggaraan itu ialah Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri.

Semalam, Infrasel turut melaksanakan kerja membaik pulih jalan rosak menggunakan kaedah pembinaan semula di Jalan Bukit Peras, Hulu Langat.

“Kerja penyelenggaraan itu juga sudah mencapai 25 peratus dan dijangka selesai sekitar Februari ini,” jelasnya.

Orang ramai boleh terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama tanda pagar #INFRASEL #NamaJalan #Daerah (jika) berlaku kerosakan jalan raya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved