Infrasel baiki jalan, sistem perparitan di Hulu Selangor, Sepang dan Selayang

16 Mar 2023 • 3:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 MAC: Infrasel Sdn. Bhd. (Infrasel) sedang menjalankan kerja membaik pulih jalan dan sistem perparitan di kawasan Hulu Selangor, Sepang dan Selayang dekat sini.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memberitahu pihaknya sedang melaksanakan proses tersebut di Batang Kali melibatkan Jalan B113 Batang Kali-Ulu Yam Bharu, Seksyen 1.50-1.80, jalan negeri daerah Hulu Selangor.

“Sehingga 14 Mac kerja-kerja telah mencapai 75 peratus,” katanya menerusi Twitter.

Di Sepang agensi itu menjelaskan melakukan pembaikan jalan di Jalan B48 Jenderam-Sepang pada hari yang sama.

Infrasel juga menjalankan kerja membaik pulih sistem perparitan dan yang berkaitan di Sungai Tua, Selayang melibatkan Jalan Sungai Tua-Ulu Yam dekat sini.

“Sehingga 14 Mac lalu kerja tersebut sudah mencapai 70 peratus selesai,” katanya.

Pada 15 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi projek penurapan melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim memaklumkan kerja penurapan jalan besar-besaran di seluruh negeri dilaksanakan mulai Mac depan demi keselesaan pengguna.

Menurutnya, projek dengan kos RM50 juta menerusi Belanjawan Selangor 2023 membabitkan semua jalan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved