“Ingat dah berubah” – Tindakan Shuk Rakam Jiran Menari Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Entertainment
3 Aug 2022 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar menjadi tumpuan netizen berikutan dengan tindakannya ‘intai’ individu di kejiranannya.

Video tersebut dikongsikan menerusi TikTok dan meraih 1 juta jumlah tontonan dalam masa sehari dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

 

Rakam video jiran dari rumah

Dalam video berdurasi 14 saat itu, dilihat Shuk sedang merakam seorang wanita yang dipercayai sedang menari di balkoni rumahnya.

“Buat apa tu kak??”

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menyifatkan bahawa gadis tersebut sedang menari untuk kandungan TikTok, ada yang kurang berkenan dan ada juga yang terhibur.

Bagaimanapun, ramai juga yang mengecam tindakan Shuk dan ada juga mempertikaikan niat Shuk merakam aksi wanita tersebut, disamping itu ada juga yang kaitkan dengan isu lampau Shuk.

image is not availableimage is not available

Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar tuan empunya badan ‘munculkan diri’ di TikTok, Mungkin niat Shuk hanya nak berhibur untuk dikongsikan kepada kita je tu, husnuzon dan anggap ianya sebagai satu hiburan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.