“Ingat dalam cerita kartun je” – Seluar Wakil Rakyat Tiba-tiba Terlondeh Sewaktu Berucap

Entertainment
4 Aug 2023 • 12:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara terlupa memakai tali pinggang, seorang wakil rakyat terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh sehingga ke kaki ketika berucap di hadapan khalayak ramai yang tergolong daripada kaum wanita dan kanak-kanak di negeri Coahuila, Mexico baru-baru ini.

Memetik laporan The Mirror, wakil rakyat tersebut, Javier Borrego pada waktu itu sedang dalam satu majlis pelancaran Projek Nasional 2024-2030 partinya menjelang pilihan raya umum tahun depan di ibu negeri Saltillo.

image is not available

Dalam video tular itu, ahli Parlimen yang mewakili parti Morena dilihat berdiri di hadapan orang ramai, beliau mengeluarkan teks ucapan dan membetulkan cermin mata lalu seluarnya tiba-tiba sahaja terlucut sampai ke lantai sehingga nampak seluar dalam.

image is not available

Dia yang terus menaikkan semula seluarnya itu dan jadi tersipu-sipu malu sambil meminta maaf sebelum meneruskan ucapannya. Menurut Sinar Harian, Borrego mengalami susut berat badan selepas beliau menjalani pembedahan bulan lalu dan terlupa memakai tali pinggang.

Rata-rata netizen rasa terhibur dengan insiden malang yang menimpa Borrego itu dan berkata,

“Sekarang mereka mengatakan insiden itu disebabkan oleh serangan daripada parti lawan.”

“Ingatkan dalam cerita kartun je jadi macam ni.”

Min pula rasa merah padam kat muka ni, macam dapat rasa malunya tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.