‘Ingat…kalau dah tinggal, jangan minum lagi’

23 Sep 2026 • 11:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ingat…kalau dah tinggal, jangan minum lagi’

PETALING JAYA – “Kalau dah tinggal, jangan minum lagi.”

Itu amaran seorang wanita selepas mendakwa berdepan situasi yang membuatkannya lebih berhati-hati meninggalkan minuman tanpa pengawasan di pejabat.

Menerusi perkongsian di kumpulan media sosial yang dinamakan ‘Santau’, pengguna @Sumayahnozi itu berkata, dia pernah membaca hantaran mengenai individu yang memberi amaran supaya tidak meninggalkan minuman tanpa pengawasan di pejabat.

“Amaran itu memang benar. Kalau dah ditinggalkan, jangan minum lagi. Itu sahaja yang saya nak cakap,” katanya.

Menurutnya, dalam kes yang dialaminya, dia meninggalkan satu liter susu segar di dalam peti sejuk pejabat untuk kegunaan harian membuat kopi.

“Saya tinggalkan satu liter susu segar dalam peti sejuk pejabat untuk kopi yang saya minum setiap hari. Tak pernah terfikir saya perlu risau mengenainya.

“Kepada individu itu, jangan ingat saya tak tahu siapa awak. Orang gila ramai, kita tak tahu niat orang. Sekarang nak ambil makanan daripada orang pun kena berjaga-jaga,” ujarnya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai dengan lebih 4,300 tanda suka, selain menerima ratusan komen dan perkongsian.

“Betul. Kalau tertinggal, esoknya jangan minum. Cuci dulu betul-betul,” komen @Chlaryssandra.

“Senang nak kena sihir. Lebih baik simpan dalam loker atau bawa balik. Kalau terlupa, buang je air tu, jangan sesekali minum,” pesan @Idayukhair.

“Nasihat ini betul sangat. Pernah kena dan trauma sampai sekarang, tapi alhamdulillah masih bernafas. Jangan sangka orang yang nampak baik depan kita, adalah baik sangat,” kongsi @Sueziesms. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ingat…kalau dah tinggal, jangan minum lagi’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved