“Ingat Lawa Ke Si*l” – Koyak Amelia Henderson Tak Balas DM, Terus Carut Tak Puas Hati

Entertainment
29 Jan 2023 • 4:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon cantik berdarah kacukan, Amelia Henderson berkongsi screenshot pesanan mesej di Instagram yang diterimanya daripada seorang peminat lelaki.

Lelaki itu pada awalnya bertanyakan mengenai kacukan Amelia namun tak dibalas pelakon itu. Lelaki itu kemudian secara tiba-tiba memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Awak kacukan apa ya?” – peminat misteri

Dia melabel Amelia sebagai seorang pelakon yang sombong hanya kerana tak membalas pertanyaannya.

Tak melatah, pelakon filem Pulau ini secara berseloroh menunjukkan antara mesej yang diterimanya di inbox setiap hari. Dalam perkongsian di Twitter tu, selebriti jelita ini menulis ‘welcome to my DM’ diikuti emoji ketawa.

image is not available

Dalam hantaran lain, aktres muda ini berkata dia sebenarnya membaca kebanyakan mesej yang dihantar peminat. Malah, rakan selebritinya yang lain turut melakukan perkara yang sama.

Namun, para peminat janganlah sesuka hati mengutuk artis dan menganggap ianya perkara biasa sedangkan memaki hamun bukanlah satu perkara yang wajar.

image is not available

Kredit: Twitter Amelia Henderson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved