Gara-Gara Tak Balas DM Peminat, Amelia Henderson Kena Maki

Entertainment
29 Jan 2023 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Amelia Henderson bukanlah satu nama asing lagi dalam dunia hiburan. Pelakon berwajah manis ini sudah menghiasi kaca televisyen sejak dia kecil lagi dan masih aktif sehingga ke hari ini.

Terbaharu, Amelia ada berkongsikan sebuah gambar menerusi satu ciapan di Twitter berkenaan perangai pelik peminatnya yang tiba-tiba sahaja menghamburkan kata-kata kesat tanpa sebab.

image is not available

Seperti artis-artis yang lain, Amelia tidak terlepas daripada teguran peminat sama ada di dunia nyata mahupun di alam maya. Menerusi gambar tersebut, seorang peminat dilihat bertanyakan soalan kepada Amelia menerusi Instagram.

“Awak kacukan ape ye”, tulis individu terbabit.

Mungkin berang soalannya tidak dilayan, individu terbabit tiba-tiba sahaja menghamburkan kata-kata kesat kepada Amelia tanpa sebab. Malah, individu itu turut menuduh Amelia sebagai sombong dan tidak secantik seperti yang disangka.

Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet terutamnya kaum wanita. Rata-rata kaum wanita berkongsi mereka turut pernah berhadapan dengan situasi yang sama apabila tiba-tiba sahaja dimaki kerana tidak membalas teguran orang lain.

“Kenapa lelaki marah bila perempuan tak layan? Apa yang buat dorang rasa entitled?”, tulis seorang individu yang turut pernah mempunyai pengalaman yang sama seperti Amelia.

Siapa di sini pernah berhadapan dengan situasi yang sama? Cuba kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

image is not available

Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.