
Kota Kinabalu: Persidangan Dewan Rakyat sekali lagi diingatkan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sebelum ini diumumkan bakal dilaksanakan sepenuhnya menjelang Julai tahun ini.
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran) berkata sepatutnya tumpuan pada ketika ini difokuskan kepada penyediaan mekanisme pelaksanaan dan bukannya masih di peringkat rundingan.
“Sebagai contoh, pelaksanaan ‘revenue sharing’ dalam Perkara 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu pemberian Hak Perlembagaan kepada Sabah untuk mendapatkan ⅖ ataupun 40% daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah.
“Walaupun perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan di Dewan Yang Mulia ini, namun Hak Perlembagaan Sabah ini telah dinafikan sejak sekian lama," kata beliau dalam persidangan di Dewan Rakyat pada Rabu menurut kenyataan media.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
