“Ingat Melayu je”- Influencer Dedah Kaum Lain Pun Sebenarnya Ada Main ‘Black Magic’?

Entertainment
26 Sep 2022 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini satu hantaran telah dikongsikan di media sosial yang memaparkan sebuah gambar restoran yang dipenuhi bunga-bunga di hadapan pintu masuk tersebut.

Difahamkan, ia sebenarnya merupakan satu budaya bangsa cina apabila berlakunya pembukaan kedai atau operasi perniagaan dalam kalangan orang yang terdekat dengan tujuan untuk memberi ucapan tahniah kepada pemilik.

Namun, situasi tersebut menjadi kontra apabila pemilik hantaran itu memberi kenyataan bahawa kebanyakan peniaga Melayu menghantar santau kepada peniaga yang baru menjalankan sesebuah bisnes.

Tapi, betul ke hanya bangsa Melayu sahaja yang sering dikaitkan dengan ilmu hitam dalam perniagaan ni? Bangsa lain tak ada ke?

Influencer dedah kaum lain pun sebenarnya ada main ‘black magic’?

Persoalan tersebut telah terjawab apabila seorang pempengaruh yang terkenal di media sosial telah mendedah bahawa rupanya ada juga kaum lain yang sebenarnya suka bermain ‘black magic’ terutamanya dalam perniagaan.

Video yang berdurasi satu minit itu telah dikongsikan di laman TikTok, menerangkan berkenaan isu santau dalam kalangan kaum lain selain bangsa Melayu.

@ceddyornot

Why are people so shocked that cina pun ada main santau. But is it really all about black magic? Jom let’s borak!

♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan

Menerusi video tersebut, dia telah memberitahu bahawa bangsa cina juga boleh dikaitkan dengan ilmu hitam ataupun santau cuma khidmat tersebut digunakan di Thailand.

“Chinese pun ada kita punya toyol. Kami ada versi tersendiri. Cuma santau kami diimport dari Thailand.”

Rupanya ilmu hitam terkenal di seluruh asia

Dia juga menerangkan bahawa ilmu hitam ini telah digunapakai oleh seluruh pelusuk manusia di dunia ini dan bukan sahaja dalam kalangan bangsa cina dan melayu.

“At the end of the day. Kita semua manusia. Manusia ada banyak pattern, ada yang jenis dengki.”

Tak boleh salahkan santau 100%

Turut juga dikongsi bahawa sesetengah perniagaan yang gagal bukanlah daripada kes santau dan ilmu hitam dan mungkin ia berlaku kerana tempat perniagaan yang tidak strategi dan marketing yang tidak berkesan.

“Usually kalau bisnes dia failed, especially F&B. Bukan sebab santau, tapi ada location yang kelaut dan terpencil.”

“Sometimes, duit yang kau spend untuk berubat tu, you should spend on marketing and promotion.”

Hidup ini min nasihat jangan ada hasad dengki…Biar kita naik sama-sama. Betul tak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.