'Ingat nama ini, jauhkan diri.' Adik dakwa suspek kes pukul isteri sampai gugur lelaki sama aniaya Jahidah, sasar wanita kerja kerajaan

LocalFamily & Parenting
27 Apr 2026 • 5:53 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Ingat nama ini, jauhkan diri.' Adik dakwa suspek kes pukul isteri sampai gugur lelaki sama aniaya Jahidah, sasar wanita kerja kerajaan

BARU-baru ini tular kes seorang wanita di Sungai Petani, Kedah menjadi mangsa dikasari suami sehingga keguguran kandungan berusia 12 minggu.

Adik kepada wanita yang menjadi keganasan rumah tangga hingga koma dan cacat kekal, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran mempunyai hubung kait dengan bekas abang iparnya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Fauziah tidak lupa memberi peringatan kepada wanita kaum wanita agar berhati-hati agar insiden hitam yang sama berulang.

“Mula-mula kakak aku. Lepas tu kau lari. Kakak aku sampai koma ke hari ini masih terlantar. Kau sedap duduk luar kahwin lagi, belasah lagi.

“Harap mahkamah jatuhkan hukuman berat buanya,” titipnya.

Image from: 'Ingat nama ini, jauhkan diri.' Adik dakwa suspek kes pukul isteri sampai gugur lelaki sama aniaya Jahidah, sasar wanita kerja kerajaan

Menurut Fauziah, kes melibatkan lelaki berkenaan mengundang berang orang ramai dan kali ini dia kembali melakukan hal sama kepada wanita lain.

Dia juga menyamakan lelaki itu seperti syaitan kerana sering melakukan kekejaman terhadap wanita lebih-lebih lagi seorang isteri.

"Kes kau dengan Kak Jahidah pun ramai marah, kau tambah kes lagi pukul perempuan lain tengah mengandung juga sampai masuk hospital. Betul-betul syaitan respect kau," kongsinya.

Tambah Fauziah, dia mendakwa strategi indvidu berkenaan mensasarkan wanita yang bekerja sebagai penjawat awam.

"Modus operandi kau ni kahwin perempuan kerja kerajaan, habiskan duit perempuan. Belasah sampai koma atau separuh mati. Rompak dan lari.

"Syaitan pun surrender..Ingat orang perempuan hendak kahwin atau berkawan, R**** A**** sila jauhkan diri," titipnya.

Jahidah kini hanya terbaring kaku dan bergantung pada susu yang diberi melalui tiub.

Lebih menyedihkan apabila anaknya, Eshan Nufail yang kini berusia tiga tahun disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam tragedi 4 Mei 2021, Jahidah yang ketika ity sedang hamil 13 minggu mengalami kecederaan parah di kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak.

Artikel berkaitan:

Image from: 'Ingat nama ini, jauhkan diri.' Adik dakwa suspek kes pukul isteri sampai gugur lelaki sama aniaya Jahidah, sasar wanita kerja kerajaan

DIPUKUL BESI LANGSIR, BATANG PENYAPU HINGGA PATAH

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan seorang penjawat awam cedera di badan dan lebam di muka selepas dipercayai dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir serta batang penyapu hingga patah oleh suaminya hingga menyebabkan kandungan berusia 12 minggu gugur.

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar, 45, berkata adiknya yang berusia 39 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 43 tahun itu pada Disember tahun lalu di negara jiran dan belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Difahamkan kira-kira jam 1 tengah hari Khamis lalu, adiknya dan suspek bertengkar sebelum dipukul hingga tangan dan jari kirinya patah, lebam di muka selain ditumbuk di perut.

Katanya, lelaki itu turut mengugut akan mengganggu keluarga termasuk dua anak adiknya daripada perkahwinan terdahulu.

Beliau mendakwa lelaki itu melarikan barang kemas dan wang simpanan adiknya di bank berjumlah hampir RM50,000.

Mohd Firdaus membuat laporan polis bersama ibunya Norlelah Zainal, 64, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Beliau dimaklumkan suspek turut menjadi buruan polis susulan kejadian sama di Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 18 Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2017.