"Ingat Orang Main Payung Terjun, Rupanya..." - Netizen Seriau Tengok Video Penanggal Terbang Awal Pagi

Entertainment
15 Nov 2022 • 11:38 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Penanggal atau juga dikenali sebagai Balan-balan di Sabah, adalah satu perkara yang kita sering dengari. Bahkan, bagi mereka yang tinggal di Sabah kewujudan balan-balan adalah bukan suatu perkara yang asing.

Ia merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.

Viral di paltform TikTok, video yang dimuatnaik oleh @gipsydanger_ yang memaparkan suatu objek asing yang sedang beterbangan.

@gipsydanger_ Pulang pagi ka tu kak? sumber : member whatsapp 😂 #fyp #fypsabah ♬ pergi pagi pulang pagi - Khai Dhira

Berdasarkan video tersebut, seorang pemuda sedang memancing di awal pagi. Ketika beliau sedang santai memancing, tiba-tiba satu objek asing yang sedang terbang menarik perhatiannya. Tanpa membuang masa, pemuda tersebut terus merakam video.

Apabila beliau cuba untuk zoom in dengan kemeranya, jelas ia berbentuk seperti penanggal atau balan-balan yang terbang. Netizen berasa seram dan juga lucu kerana ramai berpendapat penanggal itu sudah lewat pulang kerja kerana hari sudah siang.