Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila memandu di jalan raya, kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati serta peka dengan keadaan di sekeliling bagi mengelakkan berlaku kemalangan.
Jika 40 tahun dahulu kes kemalangan jarang berlaku namun kini tidak lagi. Boleh dikatakan setiap hari, ada saja kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan. Malah pada Januari sehingga Jun 2025 sebanyak 3,087 kes kematian akibat kemalangan direkodkan.
Insiden kemalangan ini juga berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:
- Lambakan kenderaan di jalan raya
- Pemanduan tidak berhemah
- Sikap mementingkan diri
- Memandu dengan emosi yang kurang baik, mengantuk dan banyak lagi
2 pemandu berbeza generasi kongsi pengalaman pemanduan
Baru-baru ini, kami telah menemu bual dua individu dari dua generasi berbeza untuk berkongsi pengalaman semasa berada di atas jalan raya.
Zu Yi berumur 27, yang bekerja sebagai pembina kandungan yang mula memandu pada usia 20 tahun.
Manakala Hamzah berumur 41, merupakan seorang pengarang dengan pengalaman memandu lebih 20 tahun.
Ketika diajukan siapa yang menanti mereka di rumah sekiranya sudah habis bekerja, Zu Yi berkata dia menetap bersama keluarga dan tidak mempunyai tanggungan.
Manakala Hamzah mempunyai isteri dan dua anak kecil yang menanti di rumah. Justeru bagi Hamzah dia sentiasa memastikan pemanduannya lebih tenang dan cermat berbanding masa dahulu.
![Image from: Ingat Orang Tersayang! Kalkulator Selamat Oleh Volvo Beri Kesedaran Pentingnya Pemanduan Cermat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/volvo1-1024x528.jpg)
Jarang lihat kemalangan ketika awal pemanduan di awal usia 20-an
Menurut Hamzah sewaktu dia mula memandu dahulu, kemalangan jalan raya sangat jarang berlaku malah ia disifatkan “sebagai perkara luar biasa.”
Namun berbeza di masa kini, kemalangan boleh dikatakan berlaku pada setiap hari.
Zu turut menceritakan pengalamannya yang pernah terlibat kemalangan sewaktu kecil ketika pulang dari tuisyen apabila kereta jenama Volvo yang dipandu ibunya dilanggar di bahagian belakang kenderaan.
Jelas Zu, awalnya dia menyangkakan ia cuma kemalangan kecil namun dia mula sedar kereta yang dinaikinya mengalami kerosakan yang agak teruk sebaik keluar dari kenderaan.
Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana mereka yang berada dalam kereta Volvo itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Volvo jenama pertama yang cipta three-point seatbelt dan digunakan semua kereta sehingga hari ini
Apa yang menariknya, Volvo adalah jenama kereta pertama yang mencipta tali pinggang tiga titik atau three-point seatbelt pada tahun 1959.
Tali pinggang jenis Y inilah yang digunakan oleh semua kereta di dunia pada masa kini.
Fakta sama turut dikongsikan Hamzah sebaik mendengar kisah Zu kemalangan.
![Image from: Ingat Orang Tersayang! Kalkulator Selamat Oleh Volvo Beri Kesedaran Pentingnya Pemanduan Cermat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/volvo-2-1024x526.jpg)
Volvo Perkenal Kalkulator Selamat, Mahu Orang Ramai Nilai Semula Erti Keselamatan
Sebut tentang Volvo, baru-baru ini syarikat automotif antarabangsa itu telah memperkenalkan Kalkulator Selamat.
Ia sebuah platform refleksi interaktif yang dibangunkan bersama Mr Money TV untuk memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang beban yang terpaksa ditanggung oleh insan tersayang andai berlakunya kejadian tidak diduga di jalan raya.
Menerusi platform ini, anda boleh membuat pengiraan jumlah nilai selamat serta jangkaan risiko kemalangan selain melihat kesan beban akibat kemalangan jalan raya.
Kalkulator ini juga direka khas bagi menukar sesuatu kemungkinan itu kepada refleksi yang nyata. Yelah, kita mungkin tidak dapat membayangkan di masa depan sekiranya berlaku perkara tak diingini, bagaimana dengan keluarga? Dan apakah momen yang bakal anda terlepas.
![Image from: Ingat Orang Tersayang! Kalkulator Selamat Oleh Volvo Beri Kesedaran Pentingnya Pemanduan Cermat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/image2-1024x508.jpg)
Berapa kerugian dialami oleh Zu dan Hamzah menerusi Kalkulator Selamat jika berlaku perkara tak diingini?
Menerusi pengiraan yang dilakukan dalam Kalkulator Selamat, nilai selamat Zu berjumlah RM2,494,474 dan mempunyai risiko kemalangan sebanyak 1.8% lebih tinggi berbanding purata rakyat Malaysia.
Manakala kos kehilangan pula bernilai RM245,000 yang angka itu mencerminkan beban kewangan yang terpaksa dipikul oleh insan tersayang sekiranya dia sudah ‘tiada’ meskipun Zu tidak mempunyai tanggungan.
Namun sebagai seorang anak muda, pastinya pemuda ini mempunyai impian yang ingin dikecapi dalam kehidupannya.
![Image from: Ingat Orang Tersayang! Kalkulator Selamat Oleh Volvo Beri Kesedaran Pentingnya Pemanduan Cermat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/volvo-calculator-4-1024x536.jpg)
![Image from: Ingat Orang Tersayang! Kalkulator Selamat Oleh Volvo Beri Kesedaran Pentingnya Pemanduan Cermat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/image1-1024x556.jpg)
Bagi Hamzah yang juga pencari nafkah (breadwinner) untuk empat sekeluarga, pasangannya akan kehilangan pendapatan beliau untuk 19 tahun iaitu sebanyak RM2,622,000 dengan risiko kemalangan 3.6% lebih tinggi berbanding purata rakyat Malaysia.
Nilai selamat pula adalah RM50,545,546 dan kos kehilangan atau beban yang ditanggung keluarga pula berjumlah RM7,222,000.
![Image from: Ingat Orang Tersayang! Kalkulator Selamat Oleh Volvo Beri Kesedaran Pentingnya Pemanduan Cermat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/image5-1024x496.jpg)
Kalkulator didik pemandu buat pilihan bijak dan menegaskan kepentingan perlindungan menyeluruh
Sebagai info kempen Selamat oleh Volvo ini bertujuan untuk mendidik serta memperkasakan pemandu di negara ini agar membuat pilihan yang lebih bijak selain menegaskan kepentingan perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku perkara tak diingini.
Selain itu, ia juga menekankan tentang kepentingan asas keselamatan jalan raya.
Matlamat Kalkulator Selamat adalah untuk ubah persepsi keselamatan jalan raya bukan sekadar patuhi undang-undang
Bukan hanya itu, matlamatnya pula adalah mengubah persepsi keselamatan jalan raya yang mana ia bukan sekadar untuk patuh pada undang-undang sahaja sebaliknya keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah adalah tanggungjawab semua.
Ini kerana pemandu mungkin seorang tulang belakang dalam keluarga, atau individu yang mempunyai impian untuk dicapai.
Dengan ini penilaian daripada Kalkulator Selamat akan memberikan kesedaran awal untuk pemanduan cermat, berdisiplin dan peka.
Oleh itu, adalah sangat penting buat setiap pemandu mementingkan keselamatan di jalan raya termasuklah menggunakan fasiliti keselamatan yang ada di dalam kenderaan bagi memastikan anda dan insan tersayang sentiasa SELAMAT.
Untuk maklumat lanjut layari laman web Selamat di [SINI]


