Perlumbaan FIM Women’s European Championship Pusingan 3 Tidak Diteruskan

12 Jul 2026 • 4:58 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Perlumbaan FIM Women’s European Championship Pusingan 3 Tidak Diteruskan

Suasana hiba menyelubungi litar Autodrom Brno selepas dua orang pelumba motosikal disahkan maut berikutan kemalangan serius yang berlaku pada permulaan salah satu perlumbaan di bawah program Alpe Adria International Motorcycle Championship (AAIMC) pada hari Sabtu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, impak kemalangan yang melibatkan kedua-dua pelumba berkenaan telah mencetuskan tindakan kecemasan yang pantas daripada pasukan perubatan litar. Bagaimanapun, kecederaan yang terlalu parah menyaksikan salah seorang daripada mereka maut di lokasi kejadian.

Pelumba kedua segera dikejarkan ke hospital berdekatan dalam keadaan kritikal, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.Menghormati privasi keluarga mangsa serta mengambil kira faktor emosi komuniti sukan motor, pihak penganjur telah mengambil keputusan tegas untuk membatalkan seluruh baki program yang dijadualkan sepanjang hujung minggu ini.

Pihak FIM Europe, Kesatuan Motosikal Alpe Adria, promoter AAcademy, serta pihak pengurusan Autodrom Brno telah menzahirkan ucapan takziah yang paling mendalam kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakan, dan insan tersayang kedua-dua mangsa.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut atau identiti rasmi pelumba yang akan didedahkan demi menjaga sensitiviti keluarga yang sedang berkabung.

Sebagai tanda penghormatan terakhir dan solidariti bersama, pihak litar menjemput semua pelumba, kakitangan, dan sesiapa sahaja yang berada di litar untuk menyertai upacara bertafakur selama seminit (minute of silence) yang akan diadakan pada jam 10:00 pagi esok di kawasan pit lane.

The post Perlumbaan FIM Women’s European Championship Pusingan 3 Tidak Diteruskan appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved