

Mulai hari ini, pemegang lesen memandu Malaysia (LLM) kelas B2 dan B1 sudah boleh menaik taraf lesen kepada kelas B Penuh.
Bagaimanapun, bukan semua pemegang lesen itu layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B Penuh.
Ini kerana hanya pemegang lesen kelas B1 dan B2 secara aktif berterusan untuk minimum 10 tahun yang layak menyertai program terbabit.
Selain itu, adalah bukan mudah untuk mendapatkan lesen B penuh kerana para peserta perlu memenuhi beberapa syarat seperti berikut:


• Lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM).
• Bayar kos yuran sebanyak RM160 berbanding RM900 sebelum ini.
• Jalani program amali penunggangan motosikal berkuasa tinggi selama 2 jam.
• Dapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
Antara syarat lain ialah:
• Pemohon bebas daripada sebarang senarai hitam.
• Tiada tunggakan saman.
• Tiada ekatan urus niaga
• Tiada rekod sabitan kesalahan berat, atau apa-apa perkara yang belum selesai bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Apa pula pandangan anda mengenai pelaksanaan mengenai langkah kerajaan yang membolehkan pemegang lesen B1 dan B2 menaik taraf lesen mereka ke B Penuh!


