“Ingat penyokong mesin ATM ke?” – Peminat Bola Sepak Marah Tiket Perlawanan AFF Terlalu Mahal?

Entertainment
12 Dec 2022 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap pasukan bola sepak, tidak kiralah dari dalam atau luar negara pasti akan ada fanbase atau peminat mereka yang tersendiri. Kelompok ini sanggup berhabisan masa dan tenaga untuk menjadi ‘pemain ke-12’ sesebuah pasukan bola sepak itu.

Di Malaysia, Ultras Malaya ialah kumpulan penyokong setia untuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia dan mereka juga dikenali sebagai ‘pemain ke-12’ atau dengan jolokan ekor Harimau Malaya.

Kita dapat lihat, penyokong bola sepak tempatan ini sangat setia meskipun terdapat naik turun dalam prestasi skuad kebangsaan.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan penjualan tiket Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bagi dua perlawanan Kumpulan B, skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura.

Pun begitu, rata-rata peminat bola sepak tempatan meluahkan rasa kecewa mereka kerana kenaikan harga tiket perlawanan itu yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dalam ruangan replies di tweet berkenaan, difahamkan sebelum ini harga tiket perlawanan peringkat kumpulan itu hanya berharga RM 25 dan kini harga tiket mencecah RM 50 hingga RM 100 mengikut kategori.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati ramai penyokong, malah ramai yang sudah mula tag Menteri Belia dan Sukan yang terkini iaitu Puan Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli Abdul Halim bagi menyelesaikan perkara tersebut.

image is not available

Hmm, harap ada lah penyelesaiannya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.