
Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri meluahkan rasa ralat kerana tidak memaksa anaknya untuk membuat pemeriksaan doktor.
Menurut Fatimah Abdullah, arwah sebenarnya sudah menunjukkan tanda sakit sejak tiga bulan lalu. Arwah sering gosok perut dan hilang selera makan.
Katanya, setiap kali berbuka puasa atau makan malam bersama, arwah akan tiba-tiba berhenti makan kerana pedih perut.
Arwah menganggap terkena gastrik, senak perut atau masuk angin. Sebagai ibu, dia berkali-kali meminta arwah untuk ke hospital tetapi arwah menyangka hanya sakit biasa.

Dengan penuh rasa ralat, Fatimah berkata jika arwah masih anak kecil, dia pasti akan ‘mengheret’ Nabil ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Umi terasa ralat sebab tidak paksa Nabil buat pemeriksaan medikal sebab kita take for granted kita masih muda. I know you did your best to take care of everyone around you but please my dear son, never put yourself behind.
Fatimah mendoakan semoga roh anaknya tenang di samping atuk, nenek dan seluruh ahli keluarga yang sudah pergi.
Dia berharap mereka dapat disatukan di syurga kelak. Dengan penuh rasa hiba, Fatimah tidak menyangka anak akan pergi dahulu darinya.
Perkongsian penuh:
Kredit: TikTok @timbigpix



