Ingatan Pulih Sikit Demi Sikit, Lelaki Disangka Terkorban Ketika Gempa Bumi Palu Pulang Ke Pangkuan Keluarga

26 Oct 2026 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 32

Misteri kehilangan seorang lelaki yang disangka terkorban dalam tragedi gempa bumi Palu, Sulawesi Tengah pada 2018 akhirnya terjawab selepas lapan tahun. Jumaidin, 26, mengejutkan keluarganya di Kampung Bongka Makmur apabila tiba-tiba muncul di hadapan rumah.

Lebih mengejutkan, sijil kematiannya sudah direkodkan dan majlis tahlil 40 hari telah pun selesai dilakukan kerana keluarga reda dengan ‘pemergiannya’.

Kakaknya, Mahania, 33, mengakui pada mulanya mereka sekeluarga tidak percaya. Namun, selepas mengamati ciri wajah dan bentuk gigi, mereka yakin itu adalah Jumaidin.

Ketika gempa 2018, Jumaidin dihempap runtuhan bangunan dan dibawa ke Morowali untuk rawatan. Dia dilaporkan koma sebulan dan mengalami amnesia sepenuhnya apabila sedar, dia gagal mengenal pasti identiti diri serta alamat rumah.

Keajaiban berlaku apabila ingatan lamanya mula terbuka secara tidak sengaja selepas melihat sebuah video TikTok mengenai jambatan di Bongka. Berbekalkan ingatan samar-samar itu serta bantuan rakan sekerja, dia akhirnya berjaya menjejaki semula kampung halaman.

Kepulangan itu disambut dengan penuh emosi. Walau bagaimanapun, soalan pertama yang keluar daripada mulut Jumaidin bertanyakan tentang bapanya, tanpa mengetahui bahawa bapanya telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Meskipun keluarga berharap Jumaidin menetap terus di kampung, dia memilih untuk kekal bekerja di Palu dan berjanji akan pulang lebih kerap melawat keluarga.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved