“Ingatkan artis Korea tadi” – Pelakon Projek High Council Diserbu, Peminat Sampai Menjerit-jerit

Entertainment
27 Feb 2023 • 10:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada tak kat sini yang follow drama terbitan Astro, Projek High Council?

Haa kalau korang tonton drama ini dan meminati pelakon-pelakonnya, mesti ada di antara korang yang telah berkunjung ke Suria KLCC pada 25 Februari lepas untuk ‘meet and greet’ dengan pelakon-pelakon daripada drama tersebut.

image is not available

Peminat serbu pelakon sampai menjerit

Apa yang membuatkan ramai terkejut semasa sesi meet and greet itu adalah sokongan dan kegilaan peminat terhadap pelakon-pelakon Projek High Council ini yang boleh dikatakan luar biasa.

Menerusi satu perkongsian video di Twitter, dapat dilihat peminat drama ini sampai menjerit-jerit dan menyerbu lokasi event tersebut sampai sesak.

Weh famous betul eh dorang ni, saing-saing level Park Seo Jun masa event Milo hari tu.

 

“Ni kalah park seojun ni. Bapak ramai”

Rata-rata netizen yang melihat video ini ternyata terkejut dengan sambutan yang diberikan peminat terhadap drama tersebut, ada pula yang mengatakan sudah lama pelakon di Malaysia tidak mendapat sambutan hangat sebegini.

Tak cukup dengan itu, ada juga yang mengecam mengatakan tindakan sesetengah peminat menjerit-jerit itu agak keterlaluan.

image is not available

Apa-apapun tahniah kepada pelakon dan team produksi Projek High Council. Tak sangka drama ini boleh jadi fenomena dalam kalangan remaja ye.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.