Ingatkan Bergaduh! Rupanya Bruno Mars & Rosé Buat Gimik Untuk Lagu Baharu

18 Oct 2024 • 7:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé, dan penyanyi, Bruno Mars, memberi kejutan kepada peminat dengan melancarkan single kolaborasi mereka yang bertajuk APT pada Jumaat. 

Baru empat jam dilancarkan, lagu tersebut sudah distirm lebih empat juta di laman Youtube. 

Menjengah ke ruangan komen di Instagram, rata-rata peminat teruja menyaksikan kolaborasi antara dua penyanyi hebat itu.


image is not available

Mars dan Rosé sebelum ini telah mencetuskan spekulasi di kalangan peminat selepas mereka memuat naik gambar bersama di laman Instagram. 

Namun, projek kolaborasi tersebut mula dihidu peminat apabila Rosé mengugut Mars untuk tidak melancarkan lagu jika pemenang Grammy itu tidak memadam komennya mengenai tentang insiden ciuman di Instagram. 


Dengan pelancaran APT, meletakkan Rosé sebaris dengan rakan-rakan BLACKPINK, Jennie dan Lisa yang mempunyai kolaborasi bersama artis luar daripada K-Pop. 

Rosé juga difahamkan bakal melancarkan album solonya bertajuk "Rosie"  pada 6 Disember depan.