Ingatkan Dengkur Biasa, Eyra Hazali Dedah Anak Rupanya Alami Tonsil Bengkak 

Health & FitnessFamily & Parenting
29 Dec 2025 • 11:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ingatkan Dengkur Biasa, Eyra Hazali Dedah Anak Rupanya Alami Tonsil Bengkak 

Pelakon Eyra Hazali mendedahkan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie terpaksa pembedahan membuang tonsil selepas mengalami masalah pernafasan ketika tidur.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi satu hantaran di platform Threads.

Menurut Eyra, dia pada awalnya menyangka anaknya tidur berdengkur merupakan perkara biasa sehinggalah menyedari pernafasan anaknya berhenti sekejap.

Susulan itu, dia bergegas membawa Endra berjumpa pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Anak tidur berdengkur tak normal ya ibu bapa.

“Endra tidur berdengkur dan saya fikir ianya perkara biasa. sehinggalah saya perasan dia berhenti bernafas sekejap kemudian asyik kencing tiap malam.

“Bawa ke ENT dan rupanya kedua-dua tonsil Endra dah bengkak tahap 4 yang mana hampir tutup laluan pernafasan dia,” kongsinya.

Apa kena mengena dengan kencing ?

Tambah isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli, mungkin kebanyakan ibu bapa di luar sana masih belum mengetahui masalah pernafasan dengan kencing malam dalam kalangan kanak mempunyai kaitan.

“Bila oksigen tak sampai otak, otak akan bagi isyarat pada badan untuk kencing supaya badan peka dan bangun daripada tidur,” katanya lagi.