“Ingatkan hoax” – Viral Video Tanam Kaki Bapa Strok Di Pantai Sebagai Ikhtiar Sembuh, Netizen Kongsi Pengalaman

Entertainment
12 Nov 2022 • 10:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je yang nak lihat insan tersayang jatuh sakit, kan? Kalau boleh, semua benda nak dibuat demi memastikan mereka kembali sihat seperti dulu.

Itulah apa yang cuba dilakukan seorang wanita ini apabila dia dan ahli keluarga lain berganding bahu dalam berikhtiar membantu bapanya sembuh daripada strok dengan cara menanam kaki bapanya itu dalam pasir pantai.

Wanita yang dikenali sebagai Suliana Ismail ada memuat naik satu video pendek di laman sosial TikTok yang menunjukkan dia dan beberapa ahli keluarga lain menanam kaki bapanya yang diserang strok di pantai sebagai salah satu ikhtiar membantunya kembali sembuh.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

Memang betul-betul berkesan atau kepercayaan semata-mata?

Mungkin ramai yang menyangka cara ini sekadar hoax kerana lain daripada cara perubatan moden, ternyata ramai netizen lain yang turut pernah melakukan perkara sama untuk ahli keluarga mereka yang diserang strok.

Difahamkan, rata-ratanya berkata, kaedah ini sedikit sebanyak memang membantu selain rawatan fisioterapi.

Menerusi ruangan komen TikTok dan juga di Twitter, ramai netizen yang tampil menceritakan pengalaman mereka sendiri.

Pun begitu, cara penanaman kaki di pasir pantai ini bukanlah penyembuh penyakit strok tetapi hanya ikhtiar yang turut disertakan beberapa rawatan yang dicadangkan pakar perubatan bertauliah.

Setakat artikel ini ditulis, video pendek terbabit sudah meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article