“Ingatkan ikan bilis” – Lelaki Kongsi Beli Pisang Goreng Nipis, RM2 Dapat 5 Ketul

Entertainment
30 Nov 2023 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sememangnya satu rahmat besar jika ada peniaga yang masih menjual makanan dengan harga murah dikala harga barang melonjak.

Tetapi, realitinya ramai yang tidak mampu mengekalkan harga demi kelangsungan perniagaan. Namun ada juga yang tidak menaikkan harga tetapi mengurangkan kos bahan mentah.

Bagaimanapun, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi alasan untuk para peniaga bersikap tamak dan menganiayai pelanggan.

Baru-baru ini, seorang pengguna X memuat naik gambar yang memaparkan pisang goreng yang baru dibelinya daripada sebuah gerai.

Menerusi foto yang dimuat naik, individu itu menunjukkan pisang goreng yang dihiris nipis sambil bertanyakan kepada netizen sama ada ia layak dikira ‘seketul’ dalam jualan.

“5 dua ringgit, Nak tergelak aku. Bukan sepatutnya seketul-ketul ke? Ini pisang goreng hiris dah ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat pisang goreng itu yang dianggap sama dengan ikan bilis.

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana ramai peniaga menjual pisang goreng senipis itu yang dirasakan tidak setimpal dengan harga.

Walaupun tidak didedahkan lokasi gerai berkenaan, tetapi ramai berkongsi pernah mengalami nasib yang sama.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ini bukan pisang goreng, ini kerepek pisang celup tepung. Hmm…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article