Ingatkan RM200, rupanya RM200,000! Tuah suri rumah ini peroleh rezeki terpijak lepas beli baju raya- 'Banyak pula kosong belakang...'

LocalSales & Promo
9 Mar 2026 • 8:55 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HASRAT seorang suri rumah untuk membeli baju kurung sempena Aidilfitri bertukar menjadi rezeki besar apabila dia membawa pulang hadiah bernilai RM200,000 melalui kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by AFFIN.

Pemenang bertuah itu ialah Nurul Aqilah Radzuan, 33, ibu kepada dua anak yang berasal dari Taiping, Perak. Kemenangan tersebut menjadikannya antara penerima hadiah utama dalam kempen ‘AFFIN Dream Box’ yang dijalankan dengan kerjasama strategik Affin Islamic Bank Berhad.

Nurul Aqilah mengakui pada awalnya dia tidak menyangka pembelian baju raya secara dalam talian itu bakal membawanya kepada tuah luar biasa.

“Saya beli baju kurung itu sebab tertarik dengan promosi percuma tumbler. Apabila sampai, saya buka kotak, tengok tumbler, kemudian baru buka baju dan cuba pakai. Selepas itu, saya imbas kod QR tersebut dan terpandang angka yang banyak kosong di belakang.

“Saya tenung lama, ingatkan RM200 sahaja, tetapi apabila melihat jumlah sebenar, saya terus mengambil tangkapan skrin dan hantar kepada suami untuk pengesahan. Saya masih dalam keadaan tidak percaya sehingga pihak Bulan Bintang menghubungi saya,” katanya ketika majlis penyerahan hadiah di Menara AFFIN, TRX Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, kemenangan tersebut merupakan rezeki yang amat bermakna, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri. Wang yang dimenangi itu juga dirancang untuk digunakan bagi memenuhi beberapa impian serta keperluan keluarga pada masa hadapan.

Majlis penyerahan hadiah turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin.

Dalam masa sama, pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi atau Meri menjelaskan idea ‘Dream Box’ tercetus selepas beliau sering berdepan perbandingan nilai hadiah yang diberikan kepada pelanggan setiap tahun.

image is not available

“Tahun-tahun sebelum ini, orang sering membandingkan nilai hadiah yang saya berikan. Saya terfikir, tidakkan setiap tahun saya perlu memberikan hadiah fizikal yang lebih mahal? Jadi, idea ‘Dream Box’ ini timbul supaya pemenang boleh menentukan sendiri impian atau kemahuan mereka.

“Kolaborasi bersama Affin Islamic Bank ini juga membolehkan kami melebarkan profil pelanggan dan membuktikan bahawa Bulan Bintang adalah jenama yang sentiasa ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan setia kami,” katanya.

Menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan kempen tersebut kerana terlalu mudah dimenangi, Meri menegaskan bahawa ketelusan merupakan perkara paling penting dalam pelaksanaan kempen itu.

“Mekanisme kempen ini sangat mudah. Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana barangan serendah RM109, imbas kod QR, dan keputusan keluar secara terus. Kami tidak mahu pelanggan menunggu lama atau perlu melalui proses cabutan yang rumit.

Inilah kekuatan kempen ini, biar pelanggan sendiri merasai pengalaman menang secara terus tanpa perlu keraguan,” jelasnya lagi.

Kempen berkenaan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk AFFIN Dream Box bernilai RM500,000 dan Duit Raya Affin Bank berjumlah RM400,000. Ia turut mendapat sokongan beberapa jenama lain seperti Dr Cardin, Tealive serta Tabung Haji Travel & Services.