Ingatkan Sama, Rupa-rupanya Ini Perbezaan Acara Pecut Dan Keirin Berbasikal Trek

FootballSports
8 Aug 2024 • 10:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ingatkan Sama, Rupa-rupanya Ini Perbezaan Acara Pecut Dan Keirin Berbasikal Trek

Acara berbasikal Olimpik telah pun bermula pada 7 Ogos semalam, yang mana satu-satunya harapan Malaysia membawa pingat emas pertama negara dalam acara ini.

Tentunya, seluruh tumpuan diberikan kepada atlet berbasikal negara demi merebut pingat khususnya Datuk Azizulhasni Awang dalam dua acara yang dipertandingkan iaitu pecut dan keirin.

Bercakap mengenai dua acara ini, tentu ramai yang masih keliru bagaimana hendak membezakan mana satu acara keirin dan acara pecut dalam sukan berbasikal.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mari ikuti perkongsian di bawah.

Sukan Berbasikal

image is not available
Gambar: AFP

Sebelum masuk ke perbezaan acara keirin dan pecut, mari kenali terlebih dahulu peraturan dan apa yang terdapat di dalam gelanggang Velodrom ini.

Kebiasaan, sukan berbasikal akan dimainkan di dalam trek khas yang dipanggil gelanggang Velodrom. Trek ini berukuran 250 meter (m) panjang dengan 7.5m lebar dan permukaan trek mencecah sudut maksimum 45 darjah.

Perasan atau tidak, gelanggang ini mempunyai empat warna garisan yang berbeza, biru muda, hitam, merah dan biru. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza.

image is not available
Gambar: AFP

Garisan Biru Muda
Garisan biru muda ini menandakan jalur biru untuk bermula.

Garisan Hitam
Garisan hitam pula terletak 20 sentimeter (cm) di atas jalur biru yang mentakrifkan panjang trek. Garisan ini dikenali sebagai garisan ukuran.

Garisan Merah
Garisan merah berfungsi sebagai laluan optimum di sekeliling trek, yang sering digunakan dalam acara pecut. Ia terletak di atas garisan hitam.

Garisan Biru
Garisan ini sering digunakan dalam acara Madison (basikal) dengan pelumba biasanya ‘berehat’ atau memperlahankan kayuhan di atas garisan sambil menunggu sepasukan mereka.

Acara Keirin?

Dalam acara Keirin, kira-kira sejumlah 24 pelumba yang layak akan dibahagikan kepada empat saringan.

Seramai lima hingga tujuh (enam biasanya) akan berlumba dalam satu perlumbaan. Perlumbaan keirin dimainkan dalam jarak 2 kilometer atau 8 pusingan trek velodrome 250m, atau 6 pusingan trek velodrome 333m.

Kedudukan pelumba ditentukan menerusi undian sambil mengikuti pengiring (pacer) di hadapan yang mengetuai perlumbaan dari awal.

image is not available
Gambar: Doug Mills/ The New York Times

Pelumba tidak dibenarkan memotong pacer dan memecut secara beransur-ansur dari 25 kilometer sejam km/j sehingga 50 km/j.

Berbaki 600m terakhir, pacer akan bergerak ke tepi dan loceng akan dibunyikan membolehkan pelumba membuat pecutan sehingga ke garisan penamat.

Acara ini akan dimulakan dengan saringan awal dengan dua pelumba terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua.

Bagi pelumba yang gagal menempatkan ke peringkat seterusnya, mereka akan bermain di pusingan repechage untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Pusingan kedua dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan tiga terpantas daripada setiap kumpulan bersaing untuk pingat dan baki atlet untuk tempat ketujuh hingga ke-12.

Acara Pecut/Sprint

image is not available
Gambar: BERNAMA

Berbeza dengan acara Keirin yang melibatkan bilangan pelumba yang ramai, format yang digunakan oleh acara pecut adalah dua pelumba akan bersaing antara satu sama lain sebanyak tiga pusingan trek mengelilingi Velodrom.

Secara umumnya, pelumba yang menamatkan saingan dengan masa terpantas adalah pemenangnya. Mereka yang tewas akan ke pusingan Repechage untuk melayakkan diri.

Pemenang akan layak ke peringkat seterusnya bermula dari 1/32 final, 1/32 final repechage, 1/16 final, 1/16 final repechage sebelum mencapai best-of-3 suku akhir.

image is not available
Gambar: Sébastien Bozon/AFP

Empat pelumba terbaik akan bersaing untuk merebut pingat. Manakala pelumba yang selebihnya memburu tempat kelima hingga kelapan. Format yang sama juga digunakan dalam acara pecut berpasukan.