Ingin Nak ‘KLMJ’ Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig ‘Black Parade’ 30 Julai Ini!

26 Jul 2022 • 2:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekiranya anda merindui era hebat muzik emo dan pop punk, gig ini khas untuk anda!

Ingin Nak ‘KLMJ’ Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig ‘Black Parade’ 30 Julai Ini! Bagi mereka yang membesar pada awal 2000-an, salah satu genre muzik yang paling popular pada zaman itu adalah genre emo dan pop punk. Muzik daripada band seperti My Chemical Romance, Blink-182, Green Day dan antara lain sering dimainkan di radio ketika itu.

Jika anda merindui zaman itu, jangan risau! Anda boleh mengimbau kembali zaman itu dengan mengunjungi gig ‘Black Parade’ yang dihoskan oleh Project Amnesia pada 30 Julai ini, menampilkan band tempatan memainkan lagu emo dan pop punk popular masa lalu!

image is not available
Ingin Nak ‘KLMJ’ Muzik Emo Dan Pop Punk? Jom Meriahkan Gig ‘Black Parade’ 30 Julai Ini!

Hanya terhad kepada 150 pengunjung sahaja

Gig ‘Black Parade’ akan menampilkan band tempatan serta DJ yang memainkan muzik emo dan pop punk popular masa lalu seperti Roses Are Black, Exhale My Ozone, We The Leader dan Vaux.

Sepanjang malam, mereka akan memainkan lagu-lagu hit emo dan pop-punk tahun 2000-an!

image is not available
Exhale My Ozone

image is not available
Roses Are Black

image is not available
We The Leader

image is not available
DJ Vaux

Bagi yang berminat, tiket sedang dijual bermula dari RM35.

Pelbagai merchandise yang menarik!

Selain persembahan band dan DJ tempatan, terdapat pelbagai merchandise seperti t-shirt, badge dan totebag untuk dijual.

Anda juga boleh membuat pre-order mulai hari ini!

image is not available
RM48 untuk sehelai.

image is not available
RM32 untuk sehelai.

image is not available
RM4 untuk satu.

Sekiranya anda berminat, berikut adalah butiran gig Black Parade:

Lokasi: HAUS, Kuching

Tarikh: 30 Julai 2022

Untuk menempah tiket anda, anda boleh menempah menerusi pautan ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman media sosial rasmi Project Amnesia di pautan berikut:

Lagi event menarik di sini:

Lagi di sini: