Pertama Kali Pergi Gig & Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat

17 Jul 2022 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apa persedian yang perlu dibuat sebelum pergi ke konsert dan gig? Jom baca artikel ini.

Pertama Kali Pergi Gig & Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat. Sejak dua menjak ni, semakin banyak konsert dan gig sudah berlangsung menemui peminat tak kira muzik lokal atau antarabangsa.

Yelah, setelah hampir dua tahun kita tidak disajikan dengan persembahan artis kegemaran kita. Akhirnya ramai penggiat muzik mula menganjurkan konsert buat pemain muzik tak kira underground dan juga mainstream.

image is not available
Pertama Kali Pergi Gig & Konsert? Ini Persediaan Yang Anda Perlu Buat

Pada pertengahan tahun ini, konsert dan gig dilihat semakin rancak misalnya seperti Malam Galau Indonesia, SoundCircus Festival, Boy Pablo Asia Tour dan yang akan datang di Bumi Kenyalang nanti Sunbear Festival dimana ramai artis terkenal akan membuat persembahan.

Ini bukan sahaja menarik minat orang lama yang digelar otai gig, namun ramai yang pertama kali ingin merasai kemeriahan ini namun tidak tahu apa yang mereka nak jangka akan berlaku disana kelak. Semestinya suasana yang lazimnya berlaku di konsert dan gig adalah riuh, sesak dan happening!

Jom kita tengok, apa persediaan yang korang kena buat sewaktu pergi ke gig & konsert nanti!

1. Baju

Semestinya di sana nanti, keadaan akan sesak, panas dan berpeluh. Rancang terlebih dahulu jenis pakaian apa yang korang nak pakai. (Kalau min lebih prefer guna t-shirt hitam, lebih selesa)

Kalau nak lebih stailo, boleh bawa flannel atau kemeja checkered dan ikatkan pada pinggang.

image is not available
Kredit: Giphy

Bawa baju lebih, sebab kita tak boleh jangka perkara yang akan berlaku. Manalah tahu kan tiba-tiba jodoh tertumpahkan air dekat baju kita nanti, sekurang-kurangnya adalah baju lebih nak pakai.

2. Sneakers

Kasut sneakers wajib dipakai ketika pergi ke konsert dan gig. Sebab korang akan berdiri berjam-jam lamanya sewaktu layan band favourite korang perform nanti.

image is not available
Kredit: Giphy

Kasut sneakers ni tapaknya rata, jadi sesuai lah untuk korang nak mosh, ‘joget pak maon’ dan layan persembahan sampai barai dekat sana nanti.

3. Wang Tunai

Wang tunai kenalah bawa, jangan mengharapkan member pulak. Manalah tahu korang kelaparan dan tak larat nak layan gig nanti, bolehlah beli snek dan minuman nanti.

image is not available
Kredit: Giphy

Merchandise pun ada dijual, sediakan duit korang siap-siap kalau taknak terlepas barangan eksklusif band kegemaran korang. Disarankan bawa wang tunai lebih kurang RM150 untuk perbelanjaan di sana nanti.

4. Pasangan/Rakan

Boleh sahaja pergi gig berseorangan, namun lebih afdal bawa pasangan atau rakan anda untuk mengeratkan bonding. Inilah masanya untuk kita meluangkan masa bersama dengan menonton persembahan band kegemaran masing-masing.

image is not available
Kredit: Giphy

Pasangan anda tidak semestinya girlfriend, boleh sahaja bawa adik beradik sebagai peneman supaya anda tidak berdiri keseorangan di sana nanti. “The more the merrier“.

image is not available
Kredit: Cilisos

Buat mereka yang baru pertama kali merasai dunia muzik, min harap anda semua sudah membuat persediaan yang rapi untuk gig dan konsert yang akan datang. Yang penting, tidak lupa lirik sewaktu bernyanyi bersama band kegemaran anda nanti.

Cuba check out juga acara menarik yang lain disini: