
Anak-anak pasti suka
Ini 13 Taman Permainan Indoor Di Kuching Yang Boleh Anda Kunjungi. Cuti sekolah dah tiba, mesti ramai yang tengah usha tempat-tempat yang boleh meluangkan masa bersama anak-anak, kan? Di sini kami sertakan beberapa tempat yang anda boleh kunjungi.
Tempat-tempat ini menyediakan ruang yang selamat dan selesa untuk kanak-kanak bermain dan meneroka, sambil ibu bapa dapat berehat atau menyertai aktiviti bersama anak-anak mereka.

1. Dreamtown, City One
DREAMTOWN di City One merupakan salah satu destinasi popular untuk keluarga. Ia menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari (Kecuali Isnin & Jumaat): 10.00am – 9:30pm
Isnin : 3.00pm – 9.30pm
Jumaat : 1.30 – 9.30pm
Hari Minggu:
- Member (Dewasa): RM 15
- Non-Member (Dewasa): RM25
- Kanak-Kanak Bawah 9 Bulan: RM5
Hujung Minggu & Cuti Umum:
- Member (Dewasa): RM 25
- Non-Member (Dewasa): RM35
- Kanak-Kanak Bawah 9 Bulan: RM10


2. Kidzooona, VivaCity Megamall
Ia mempunyai beberapa zon tematik seperti hospital mini, pasar raya, dan stesen polis, yang membolehkan kanak-kanak bermain sambil mempelajari tentang pelbagai kerjaya dan situasi kehidupan sebenar.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari: 10.00am – 10.00pm
Hari Minggu: RM14
Hujung Minggu & Cuti Umum: RM18
3. Kinderplay, Saradise
Bagi mereka yang mencari pengalaman unik, Kinderplay di Saradise Kuching menawarkan persekitaran yang direka khas untuk merangsang kreativiti dan pembelajaran kanak-kanak.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari (Ahad TUTUP) : 8.30am – 5.30pm
2.5 jam: RM50
Setengah Hari: RM90
Full Day: RM150
4. Aladdin World, Summer Mall & Kuching Sentral
Sementara itu, ALADDIN WORLD di Summer Mall dan Kuching Sentral membawa kanak-kanak ke dunia fantasi yang penuh dengan warna-warni dan keceriaan.
Waktu Operasi
Harga
Isnin – Khamis: 10.00am – 9.30pm
Jumaat – Ahad: 10.00am – 10.00pm
Hari Minggu:
- Kanak-Kanak: RM10
- Dewasa: RM2
Hujung Minggu: RM15


5. Wai Wai Park, Molly Fantasy, AEON Mall
Molly Fantasy menonjol dengan koleksi permainan dan aktiviti interaktifnya yang luas. Ia mempunyai pelbagai jenis permainan kemahiran, dan simulator yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari: 10.00am – 10.00pm
Kanak-Kanak
- Hari Minggu: RM10
6. Fun Factor, Kozi Square
FUN FACTOR menyediakan ruang bermain yang selesa dan selamat untuk keluarga. Taman ini mempunyai struktur permainan lembut, trampolin kecil, dan kawasan permainan kreatif yang menggalakkan interaksi sosial antara kanak-kanak.
Waktu Operasi
Harga
Isnin – Jumaat: 2.00pm – 7.00pm
Hujung Minggu & Cuti Umum: 9.00am – 7.30pm
Hari Minggu: RM35
Hujung Minggu & Cuti Umum: RM45

7. 1st Toy Story Arcade, Aeroville Mall
Di sini juga terdapat Arcade Centre dan Bumper Station untuk kanak-kanak dan juga dewasa untuk pengalaman yang menyeronokkan.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari: 10.00am – 10.00pm
Member Promo RM50 = 100 Token.
Non member, RM1 = 1 Token.
8. Abby Wonderland, Boulevard
Setiap zon dilengkapi dengan aktiviti interaktif dan permainan peranan yang menggalakkan kreativiti dan pembelajaran. Menyediakan persekitaran yang penuh imaginasi untuk kanak-kanak meneroka dan bermain
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari (kecuali Isnin & Khamis): 10.00am – 9.30pm
Isnin & Khamis: 1.00pm – 9.30pm

9. Funtastic World, Aeroville Mall
Ia mempunyai kawasan permainan lembut yang luas, dinding panjat untuk kanak-kanak, dan pelbagai permainan arcade.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari (kecuali Isnin & Khamis): 10.00am – 9.30pm
Isnin & Khamis: 1.00pm – 9.30pm
Entrance Fee: RM25 sorg utk 2 Jam (Hari Minggu)

10. Kiidz Club House, Plaza Merdeka
Tempat ini adalah kawasan permainan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun dan terdapat banyak aktiviti menyeronokkan seperti kumpulan permainan, kelas tulisan tangan, seni & kraf, kelas tarian juga kelas pidato dan drama.
Waktu Operasi
Harga
Isnin – Khamis : 10:00am – 9:00pm
Jumaat – Ahad & Cuti Umum : 10:00am – 9:30pm
Boleh lihat harga di bawah:

11. Mom’s The Boss Kids Cafe, The Podium Street Mall
Sebuah kafe mesra keluarga yang unik, Mom’s The Boss menyediakan ruang di mana ibu bapa boleh bersantai sambil mengawasi anak-anak mereka bermain.
Waktu Operasi
Harga
Isnin – Khamis : 12:00pm – 9:00pm
Jumaat – Ahad & Cuti Umum : 10:00am – 9:00pm
Hari Minggu:
- 0-1 tahun : RM10
- 2 tahun ke atas : RM38
(Makanan percuma)
Hujung Minggu:
- 0-1 tahun : RM15
- 2 tahun ke atas : RM48
(Makanan percuma)



12. Sentosa Theme Park, Jalan Stakan
Sentosa Theme Park bertempat di Kota Sentosa, Kuching adalah destinasi rekreasi yang menarik perhatian pengunjung dari serata tempat. Dengan pelbagai tarikan seperti Go Kart, Bumper Car, Sakting Rink dan banyak lagi untuk mengisi masa lapang.
Waktu Operasi
Harga
Isnin – Jumaat ( 2pm – 10pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum ( 10am – 10pm)

13. Upside Down House Kuching
Bukan sekadar taman permainan biasa, Upside Down House Kuching menawarkan pengalaman unik di mana segala-galanya terbalik. Pengunjung boleh meneroka rumah yang direka dengan teliti di mana perabot dan hiasan rumah dipasang terbalik di siling.
Waktu Operasi
Harga
Setiap Hari (Termasuk Cuti Umum) : 9:30am – 6.00pm
Dewasa : RM12
Kanak-kanak/Warga Tua/OKU: RM8
Kesemua taman permainan indoor ini bukan sahaja menyediakan hiburan, tetapi juga membantu dalam perkembangan fizikal, sosial, dan kognitif kanak-kanak. Ia juga menjadi tempat yang sesuai untuk keluarga menghabiskan masa berkualiti bersama, terutamanya pada hari-hari hujan atau cuaca panas.
Dengan pelbagai pilihan yang ada, keluarga di Kuching kini mempunyai banyak peluang untuk mencipta kenangan indah bersama dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.


