Perez Riverside, Port Beriadah Dikelilingi Alam Semulajadi Di Padawan

28 Oct 2023 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beriadah bersama kaluarga di Perez Riverside

Perez Riverside, Port Beriadah Dikelilingi Alam Semulajadi Di Padawan. Buat anda di luar sana yang mencari port beriadah tenang serta dikelilingi alam semulajadi menghijau bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang, apa kata anda singgah di Perez Riverside di Padawan, Kuching ini.

Terletak di Jalan Puncak Borneo, Perrez Riverside ini merupakan tempat beriadah yang sesuai buat anda yang ingin melakukan aktiviti menarik bersama keluarga seperti mandi-manda, berkelah mahupun BBQ.

image is not available
Perez Riverside, Port Beriadah Dikelilingi Alam Semulajadi Di Padawan. Kredit gambar: Sarawak Trek & Hike

image is not available
Kredit gambar: Sarawak Trek & Hike

image is not available
Kredit gambar: Sarawak Trek & Hike

Ada air sungai dari gunung yang jernih dan sejuk

Apa yang istimewanya di Perrez Riverside ini, terdapat sungai air gunung yang jernih dan sejuk sesuai untuk dijadikan port bermandi-manda!

Selain daripada sungai air gunung, kawasan untuk berkelah dan juga camping di sini luas dan dilengkapi dengan fasiliti seperti tandas, bilik mandi, tanju, port BBQ, dewan serbaguna, kedai runcit mini, tempat letak kenderaan serta banyak lagi kemudahan lain.

image is not available
Kredit gambar: Sarawak Trek & Hike

image is not available
Kredit gambar: Sarawak Trek & Hike

image is not available
Kredit gambar: Sarawak Trek & Hike

Bayaran masuk hanya RM 5

Untuk bayaran masuknya untuk seorang pula, anda cuma perlu membayar RM 5 untuk day trip manakala jika anda ingin bercamping, anda perlu membayar RM 10 satu malam. Memang berbaloi!

Untuk kaki camping serta pencinta alam semulajadi di luar sana, Perrez Riverside ini adalah destinasi yang amat sesuai untuk anda terokai!

Maklumat penting

Lokasi: Perrez Riverside, Jalan Puncak Borneo, Padawan Kuching

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat buka jam 9 pagi – 6 petang (Daytrip)

Sabtu hingga Ahad (buka untuk camping)

Bayaran masuk: RM 5 seorang (Daytrip) RM 10 seorang (camping)

Lagi port beriadah menarik di Kuching untuk anda terokai di sini:

https://www.iloveborneo.my/seperti-berada-di-jurassic-world-ini-itinerari-2-hari-1-malam-menerokai-syurga-tersembunyi-bengoh-dam/

https://www.iloveborneo.my/rumah-panjang-autentik-sarawak-nanga-ukom-longhouse-ini-jadi-destinasi-pelancongan-unik/